Monday 28 September 2015

AYAM PEDAGING

Pengenalan Mengenai Ayam Pedaging

       Pengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap saradiri sejak tahun 1981. Pada tahun 2006, aktiviti pengeluaran ayam daging tempatan menyumbangkan lebih kurang 70% daripada keseluruhan bekalan daging negara. Walaupun memberi pulangan yang cepat, pemeliharaan ayam daging bukanlah satu pekerjaan yang mudah diusahakan. Pemeliharaan ayam daging terdedah kepada banyak faktor yang boleh mempengaruhi untung-rugi dan daya maju seseorang pengusaha. 


Gambar Ayam Penelur


       Antaranya adalah ketidakstabilan harga pasaran, harga imput seperti makanan dan bahan binaan, cuaca yang berubah-ubah dan penyakit. Ayam juga memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang cekap. Pemeliharaan ayam memerlukan perancangan yang teliti bermula dari peringkat penubuhan ladang, pengurusan sehinggalah ke pasaran. Kos pengeluaran ayam pedaging telah meningkat sebanyak RM2.06 sekilogram iaitu dari RM1.61 pada tahun 1998 ke RM3.67 sekilogram pada tahun 2006. Pada bulan Oktober 2004 harga siling ayam pedaging di ladang telah ditetapkan pada harga RM4.00 sekilogram. 


     Pengurusan Ayam Pedaging
   
    Ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan dengan itu pengeluaran ladang dapat dimaksimumkan. Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Pengeluaran yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan / minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan.



Gambar Ayam Pedaging Peringkat Didik



    Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman pembesaran ayam.

No comments:

Post a Comment