Sunday 9 August 2015

AYAM PENELUR

Pengenalan Ayam Penelur



Ayam Penelur merupakan satu industri yang penting di Malaysia dimana kira-kira 28.6% daripada sebanyak 60.1 juta ekor ayam diternak pada tahun 2010 adalah ayam penelur. Malaysia mengeluarkan telur ayam untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Telur ayam merupakan satu komoditi sangat penting untuk digunakan oleh semua isi rumah, kilang industri makanan dan juga pelbagai industri lain seperti pembuatan kosmetik, perubatan dan industri kimia. Saya membeli satu papan telur mengandungi 30 biji telur untuk kegunaan seminggu maknanya satu bulan perlukan sebanyak 90 – 120 biji telur. Telur digunakan untuk sarapan pagi, masakan mee, telur goreng dadar, telur mata kerbau, telur separuh masak dan bermacam jenis masakan lagi. Semua telur di hasilkan dari ladang ternakan ayam penelur yang terdapat di negara kita. Artikel petang ini saya tergerak menulis mengenai teknologi penternakan ayam penelur untuk bacaan anda semua


 Baka Ayam Penelur memeinkan peranan penting dalam industri ini dimana antara jenis baka yang ada dipelihara di Malaysia adalah seperti Baka Lohman, Isa Brown, Golden Comet, Hisex, Hyline, Goldline, Sitaver ,H&N dan Bab Cock. Telur dikenal sebagai sumber penting protein yang relatif murah dan harganya cukup mampu dibeli. Bahagian kuning telur ternyata padat akan kandungan kolin iaitu suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat. Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Telur merupakan sumber protein yang paling murah dan memang kalau hendak di bandingkan dengan ikan dan daging saya rasa hampir 93 peratus protein murah rakyat Malaysia atau pun penduduk dunia diambil daripada telur.


Telur ayam kini bukan hanya menjadi sumber protein mudah dan murah kepada pengguna sebaliknya kini memiliki ciri-ciri dan fungsi tertentu seperti kaya dengan vitamin, mineral dan rendah kolesterol. Ayam betina yang diternak untuk tujuan penghasilan telur tidak pernah mengawan atau dikelaminkan dengan ayam jantan seperti proses penghasilan telur bagi tujuan penetasan anak ayam. Seekor ayam menghabiskan kira-kira 110 gram makanan sehari iaitu rumusan khusus untuk ayam penelur. Beberapa syarikat seperti Cargill, Seng Hin Chan dan CP ada menghasilkan makanan ayam penelur. Telur pertama yang dihasilkan setiap ayam ketika berusia 17 minggu tidak mempunyai nilai pasaran kerana beratnya tidak mencapai 40 gram dan hanya mempunyai tempoh hayat 21 hari jika disimpan pada suhu bilik sebelum telur merahnya pecah dan membusuk pada hari ke 28.


Setiap ayam selalunya mengambil masa 21 hingga 22 jam untuk menghasilkan sebiji telur dalam badannya sebelum dikeluarkan. Selepas berehat sekejap maka proses untuk penghasilan telur dalam badan itu berulang semula.

1 comment:

  1. saya baru nk mencebur dlm penternakan ayam penelur. Disini saya ingin tahu keluasan petak bagi menempatkan seekor ayam.

    ReplyDelete