Pengenalan Ayam Kampung
Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang
dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan
luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini
ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus)
manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak
lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan
ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi
pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan
ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri
China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong
generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga
ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri
yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan
ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah
berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk
menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan
ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri
keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti
Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung,
Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut
tempat dan loghat.
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak
kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport
bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan
ayam tempatan. Disamping itu;
· Telur dan
daging untuk makanan keluarga
· Telur boleh
ditetaskan untuk pembiakan
· Andai
berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
· Boleh
dibiakkan sepanjang tahun
· Boleh
dipelihara secara bebas pada waktu siang
· Sisa makanan
rumah boleh diberikan tanpa had
· Ibu dapat
menetaskan telur dengan sendirinya.
· Ibu boleh
mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN
· Reban
diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh
dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
· 1 ekor ayam
memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor
kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
· kayu hutan,
kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
· gunakan
peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
· Makanan komersil/dagangan
· Makanan Ayam
Permulaan (Layer Starter Mash)
· Makanan Ayam
Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
· Makanan Ayam
Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
· Makanan
Campuran atau Sisa Makanan
· Lebihan nasi,
hampas kelapa, isi kelapa
· Dedak, beras
hancur, padi, ubi kayu/keledek
· Ikan baja dan
lain-lain
PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
· Pastikan anak
ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
· Beri makanan
bermutu dan minuman secukupnya
· Pastikan ada
lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4
minggu – 22 minggu)
· Pastikan anak
ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
· Boleh
dilepaskan pada siang hari
· Makanan
campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
· Sediakan
sarang bertelur
· Elakkan
mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
· Melibatkan
perkahwinan secara tabie/asli
· 1 ekor ayam
jantan untuk 10 ekor ayam betina
· Dipelihara di
dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
· Tempat yang
sunyi,kering dan bebas dari gangguan
· Kebiasaan
boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
· Warisan
· Pemakanan
· Pengurusan
· Persekitaran
· Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
· Reban sentiasa
bersih
· Anak ayam
bebas dari penyakit
· Jauh dari
ternakan dan haiwan lain
· Pelawat perlu
dikawal
· Pencegahan
adalah lebih baik dari rawatan
· Semua ayam
perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
· Ayam yang mati
hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
· Umur 1 hari –
Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
· Umur 3 – 4
minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
· Umur 6 – 8
minggu – Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
· Kurang nafsu
makan
· Monyok dan
tidak aktif
· Pucat, bersin,
keluar hingus dari hidung
· Muka bengkak
· Berak cair
atau berdarah
· Gangguan saraf
seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
· Sampar ayam
(ND)
· Penyakit
Gumboro (IBD)
· Puru
· Salmonellosis
· Pasteurellosis
· Lain-laintau ayam organik (organic
chicken).
No comments:
Post a Comment