Monday 28 September 2015

AYAM KAMPUNG

Pengenalan Ayam Kampung

Ayam kampung adalah istilah yang diberikan kepada ayam yang dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaanya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau di kawasan perkampungan. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) manakala di sebelah Negara Barat mereka memanggilnya dengan gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).


PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
·  Telur dan daging untuk makanan keluarga
·  Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
·  Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
·  Boleh dibiakkan sepanjang tahun
·  Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
·  Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
·  Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
·  Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN
·  Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
·  1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
·  kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
·  gunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
·  Makanan komersil/dagangan
·  Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
·  Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
·  Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
·  Makanan Campuran atau Sisa Makanan
·  Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
·  Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
·  Ikan baja dan lain-lain
PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
·  Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
·  Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
·  Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
·  Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
·  Boleh dilepaskan pada siang hari
·  Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
·  Sediakan sarang bertelur
·  Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
·  Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
·  1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
·  Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
·  Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
·  Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
·  Warisan
·  Pemakanan
·  Pengurusan
·  Persekitaran
·  Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
·  Reban sentiasa bersih
·  Anak ayam bebas dari penyakit
·  Jauh dari ternakan dan haiwan lain
·  Pelawat perlu dikawal
·  Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
·  Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
·  Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
·  Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
·  Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
·  Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
·  Kurang nafsu makan
·  Monyok dan tidak aktif
·  Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
·  Muka bengkak
·  Berak cair atau berdarah
·  Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
·  Sampar ayam (ND)
·  Penyakit Gumboro (IBD)
·  Puru
·  Salmonellosis
·  Pasteurellosis
·  Lain-laintau ayam organik (organic chicken).

AYAM PEDAGING

Pengenalan Mengenai Ayam Pedaging

       Pengeluaran daging ayam negara telah mencapai tahap saradiri sejak tahun 1981. Pada tahun 2006, aktiviti pengeluaran ayam daging tempatan menyumbangkan lebih kurang 70% daripada keseluruhan bekalan daging negara. Walaupun memberi pulangan yang cepat, pemeliharaan ayam daging bukanlah satu pekerjaan yang mudah diusahakan. Pemeliharaan ayam daging terdedah kepada banyak faktor yang boleh mempengaruhi untung-rugi dan daya maju seseorang pengusaha. 


Gambar Ayam Penelur


       Antaranya adalah ketidakstabilan harga pasaran, harga imput seperti makanan dan bahan binaan, cuaca yang berubah-ubah dan penyakit. Ayam juga memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang cekap. Pemeliharaan ayam memerlukan perancangan yang teliti bermula dari peringkat penubuhan ladang, pengurusan sehinggalah ke pasaran. Kos pengeluaran ayam pedaging telah meningkat sebanyak RM2.06 sekilogram iaitu dari RM1.61 pada tahun 1998 ke RM3.67 sekilogram pada tahun 2006. Pada bulan Oktober 2004 harga siling ayam pedaging di ladang telah ditetapkan pada harga RM4.00 sekilogram. 


     Pengurusan Ayam Pedaging
   
    Ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan dengan itu pengeluaran ladang dapat dimaksimumkan. Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Pengeluaran yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan / minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan.



Gambar Ayam Pedaging Peringkat Didik



    Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman pembesaran ayam.

Sunday 9 August 2015

AYAM PENELUR

Pengenalan Ayam Penelur



Ayam Penelur merupakan satu industri yang penting di Malaysia dimana kira-kira 28.6% daripada sebanyak 60.1 juta ekor ayam diternak pada tahun 2010 adalah ayam penelur. Malaysia mengeluarkan telur ayam untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Telur ayam merupakan satu komoditi sangat penting untuk digunakan oleh semua isi rumah, kilang industri makanan dan juga pelbagai industri lain seperti pembuatan kosmetik, perubatan dan industri kimia. Saya membeli satu papan telur mengandungi 30 biji telur untuk kegunaan seminggu maknanya satu bulan perlukan sebanyak 90 – 120 biji telur. Telur digunakan untuk sarapan pagi, masakan mee, telur goreng dadar, telur mata kerbau, telur separuh masak dan bermacam jenis masakan lagi. Semua telur di hasilkan dari ladang ternakan ayam penelur yang terdapat di negara kita. Artikel petang ini saya tergerak menulis mengenai teknologi penternakan ayam penelur untuk bacaan anda semua


 Baka Ayam Penelur memeinkan peranan penting dalam industri ini dimana antara jenis baka yang ada dipelihara di Malaysia adalah seperti Baka Lohman, Isa Brown, Golden Comet, Hisex, Hyline, Goldline, Sitaver ,H&N dan Bab Cock. Telur dikenal sebagai sumber penting protein yang relatif murah dan harganya cukup mampu dibeli. Bahagian kuning telur ternyata padat akan kandungan kolin iaitu suatu zat yang dapat membantu perkembangan memori atau daya ingat. Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Telur merupakan sumber protein yang paling murah dan memang kalau hendak di bandingkan dengan ikan dan daging saya rasa hampir 93 peratus protein murah rakyat Malaysia atau pun penduduk dunia diambil daripada telur.


Telur ayam kini bukan hanya menjadi sumber protein mudah dan murah kepada pengguna sebaliknya kini memiliki ciri-ciri dan fungsi tertentu seperti kaya dengan vitamin, mineral dan rendah kolesterol. Ayam betina yang diternak untuk tujuan penghasilan telur tidak pernah mengawan atau dikelaminkan dengan ayam jantan seperti proses penghasilan telur bagi tujuan penetasan anak ayam. Seekor ayam menghabiskan kira-kira 110 gram makanan sehari iaitu rumusan khusus untuk ayam penelur. Beberapa syarikat seperti Cargill, Seng Hin Chan dan CP ada menghasilkan makanan ayam penelur. Telur pertama yang dihasilkan setiap ayam ketika berusia 17 minggu tidak mempunyai nilai pasaran kerana beratnya tidak mencapai 40 gram dan hanya mempunyai tempoh hayat 21 hari jika disimpan pada suhu bilik sebelum telur merahnya pecah dan membusuk pada hari ke 28.


Setiap ayam selalunya mengambil masa 21 hingga 22 jam untuk menghasilkan sebiji telur dalam badannya sebelum dikeluarkan. Selepas berehat sekejap maka proses untuk penghasilan telur dalam badan itu berulang semula.