Pengenalan Ayam Penelur
Ayam
Penelur merupakan satu industri yang penting di Malaysia dimana kira-kira 28.6%
daripada sebanyak 60.1 juta ekor ayam diternak pada tahun 2010 adalah ayam
penelur. Malaysia mengeluarkan telur ayam untuk pasaran domestik dan juga
pasaran ekspot. Telur ayam merupakan satu komoditi sangat penting untuk
digunakan oleh semua isi rumah, kilang industri makanan dan juga pelbagai
industri lain seperti pembuatan kosmetik, perubatan dan industri kimia. Saya
membeli satu papan telur mengandungi 30 biji telur untuk kegunaan seminggu
maknanya satu bulan perlukan sebanyak 90 – 120 biji telur. Telur digunakan
untuk sarapan pagi, masakan mee, telur goreng dadar, telur mata kerbau, telur
separuh masak dan bermacam jenis masakan lagi. Semua telur di hasilkan dari
ladang ternakan ayam penelur yang terdapat di negara kita. Artikel petang ini
saya tergerak menulis mengenai teknologi penternakan ayam penelur untuk bacaan
anda semua
Baka Ayam Penelur memeinkan peranan penting
dalam industri ini dimana antara jenis baka yang ada dipelihara di Malaysia
adalah seperti Baka Lohman, Isa Brown, Golden Comet, Hisex, Hyline, Goldline,
Sitaver ,H&N dan Bab Cock. Telur dikenal sebagai sumber penting protein
yang relatif murah dan harganya cukup mampu dibeli. Bahagian kuning telur
ternyata padat akan kandungan kolin iaitu suatu zat yang dapat membantu
perkembangan memori atau daya ingat. Telur ayam adalah sumber protein
berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan
oleh badan manusia. Telur merupakan sumber protein yang paling murah dan memang
kalau hendak di bandingkan dengan ikan dan daging saya rasa hampir 93 peratus
protein murah rakyat Malaysia atau pun penduduk dunia diambil daripada telur.
Telur
ayam kini bukan hanya menjadi sumber protein mudah dan murah kepada pengguna
sebaliknya kini memiliki ciri-ciri dan fungsi tertentu seperti kaya dengan
vitamin, mineral dan rendah kolesterol. Ayam betina yang diternak untuk tujuan
penghasilan telur tidak pernah mengawan atau dikelaminkan dengan ayam jantan
seperti proses penghasilan telur bagi tujuan penetasan anak ayam. Seekor ayam
menghabiskan kira-kira 110 gram makanan sehari iaitu rumusan khusus untuk ayam
penelur. Beberapa syarikat seperti Cargill, Seng Hin Chan dan CP ada
menghasilkan makanan ayam penelur. Telur pertama yang dihasilkan setiap ayam
ketika berusia 17 minggu tidak mempunyai nilai pasaran kerana beratnya tidak
mencapai 40 gram dan hanya mempunyai tempoh hayat 21 hari jika disimpan pada
suhu bilik sebelum telur merahnya pecah dan membusuk pada hari ke 28.
Setiap ayam selalunya mengambil masa
21 hingga 22 jam untuk menghasilkan sebiji telur dalam badannya sebelum
dikeluarkan. Selepas berehat sekejap maka proses untuk penghasilan telur dalam
badan itu berulang semula.